Wednesday, February 5, 2014

Book Review : JANGAN BACA NOVEL NI.



Meremang tak?

Ha, kat sini nak review sikit buku genre misteri dan seram ni.
 
Tajuk buku : JANGAN BACA NOVEL NI.
Penulis : ISMI FA ISMAIL.
Penerbit : IFI MYSTERY



First time jumpa buku ni kat Popular memang menarik perhatian sangat, tengok tajuk lagi yang kemain begitu mencabar diri untuk membaca. Lepas tu baca sinopsis kt belakang, kononnyalah, tapi yang ada hanyalah amaran jangan baca seorang diri. Even bila buka first page buku ni pun penulis bagi warning supaya hati-hati tak berhalusinasi semasa membaca buku ni. Seriously, buku je kot - my mind said so.

So bila baca buku ni, takdelah nak seram sangat - until baca ending. Rasa meremang jugak dibuatnya sebab buku ni macam main dengan minda kau, main dengan otak dan pemikiran kau, main psikologi kau. Kalau kau berada dalam alam dan dunia nyata, memang tak berkesanlah buku ni. Tapi kalau kau boleh rasa buku ni wujud ke tak, ha, masa tu mulalah nak fikir benda pelik - berhalusinasi bak kata penulis.

Macam aku, memang aku hidu bau buku tu, hidu bau dakwat buku tu. Kenapa? Semua ada dalam buku ni. Ada kat ending dia. Seriously, aku sendiri payah nak tido lepas baca ending buku ni. Betul-betul main dengan kewarasan otak kau.

PERINGATAN. Jangan baca novel ni skip-skip, atau terus ke ending. Memang takkan faham. Sebab novel ni ada kronologinya yang tersendiri, ada ceritanya sendiri untuk dileraikan ke alam realiti si hero.

Overall, buku ni best, unik. Sangat disarankan kepada readers yang suka genre seram, dan langsung tak takut. Mungkin cerita ni sedikit cliche di awal penceritaan, tapi ending memang superb. Macam movie Inception. Movie tu based on mimpi dalam mimpi, kalau buku ni pulak adalah berdasarkan cerita dalam cerita. Berkaitan sungguh dengan satu dan yang lain, cuma mungkin dalam bab awal buku hitam tu korang akan rasa tak berkaitan sungguh dengan cerita sebenar.

  

Cerita JANGAN BACA NOVEL NI berkisar tentang Munir, seorang anggota polis yang hanya percayakan black and white stuff sehinggalah dalam perjalanan balik ke kampung, Munir menemui seorang budak yang ditinggalkan neneknya, Adib. Munir membawa Adib pulang kerumahnya, dan membaca buku hitam yang tidak pernah lekang dari Adib. Di situ, pelbagai kejadiaan aneh berlaku kepadanya. Dan paling mengejutkan apabila nama watak-watak di dalam buku hitam tersebut wujud di alam realitinya sendiri - Suraya, Sahar, Azwa bahkan nama dia sendiri, Munir! Adakah Munir hanya berhalusinasi atau memang wujudnya sesuatu yang pelik terhadapnya setelah membaca buku itu?

Well now, tertarik? Bacalah sampai ending. Dan sebenarnya novel ni ada lagi sekuelnya, yang masih aku belum beli or jumpa but i will find it somehow. Lebih kurang dengan JANGAN BACA NOVEL NI, novel sambungan pun turut berkulit hitam semuanya tanpa ada sebarang tulisan mahupun tajuk. Mungkin sebab itu, novel hitam tu dikenali dengan Tiada Tajuk

Apapun a great success buat si penulis.

Kbai.

3 comments:

Anonymous said...

aku da baca n mlm2 tido pasang lampu, konpem! bikin muvi sure gempak eh?

Unknown said...

i hope so. tapi jangan lah buat filem low bajet macam cite hantu rumah sewa RM50 sudah.

^o^ said...

Kak saya bdk baru nak msk sarjana geomatik. Terbace blog ni. Blh tolong kasi kod n subjek sem 1 x??
Tebal2 ke buku die??