Tuesday, March 10, 2015

Survey Camp 1.0 #2

I hope i'm not too little to late to post this. 

But somehow i felt like i did.

Survey camp 1.0 #2, sila skip perihal aku dan manusia-manusia gila yang aku kenal selama dua tahun ni dan fokus dengan event dinner. 

 

To be honest, aku dan manusia gila di atas ni semua tak join sangat aktiviti dinner tu. Dah habis makan je meja semua kosong sebab semua sibuk nak bergambar kat luar. Hasil tangkapan? Macam tangkap ikan la bila musimnya, macam jugak kutip buah-buah kat dusun tu bila dah masak semuanya.

Rasa macam buat family photo je reramai macamni. But it is, there are my family. Kalau dulu aku perlu masa nak adapt nak blend in dengan mereka semua, but now syukur alhamdullillah semua orang aku dah boleh kacau dengan sesuka hati aku. Paling best, kacau manusia yang aku rapat sejak semester 1 dulu. Yang sanggup berkawan dengan manusia pelik cam aku, yang sanggup tahan semua karenah merajuk aku, yang sanggup tadah telinga dengar aku membebel.




Aku rasa gambar kat atas ni pun dah cukup nampakkan manusia ni semua gila macam aku. Ke aku gila macam dorang? 

Tapi kan, terima kasih la dengan survey camp sebab mengeratkan lagi persahabatan kami sekelas. Terutama kitorang yang tinggal sepuluh puteri dalam kelas A ni. Mulanya masing-masing berkawan memang dengan puak masing-masing walaupun kitorang boleh je ngam bercerita dengan member lain tapi kalau nak hang out ke ape ke lebih selesa dengan puak sendiri. Tapi dah sebulan duduk serumah, tido bersama, makan bersama, lepak bersama, tengok movie bersama, jalan bersama, hubungan tu jadi lebih rapat, lebih erat.



Nampak tak bahagianya kalau kita dah rasa erat, dah rasa rapat, dah rasa macam satu keluarga dengan kawan sekeliling?


Terima kasih semuanya, aku bersyukur jumpa classmate dan kawan gila macam ni. Sama macam zaman aku diploma dulu. Jujur aku rindu budak-budak nerd sains fizik dan biologi. Fakulti je sebelah, tapi kesempatan untuk reunion takde. Aku rindu korang. Haraplah dengan manusia gila sekarang ni aku takkan jadi macam manusia gila diploma dulu, yang bila semua dah bawak haluan masing-masing dan bekerjaya, hubungan tu jadi renggang.


But there's always GROUP WHATSAPP *wink*

Akhir event, barulah berkesempatan nak gambar dengan bebudak dari kelas lain walaupun there's only a few of them. Maaflah, kitorang khusyuk bergmabar kat luar sampai tak tau menahu pun apa jadi kat dalam dinner hall tu. Hikks.


But to be honest, bagai tak cukup makan sebenarnya sepanjang dinner tu, ni lah masalahnya kalau tangki perut besar tak padan saiz badan kecik.


That's not my plate though.

No comments: