Friday, February 20, 2015

Survey Camp 1.0 #1


Alhamdullillah selesai dan tamat sudah tempoh berpanas dan berhitam selama sebulan. Terlalu banyak memori indah, suka dan duka tercipta sepanjang tempoh survey camp dijalankan. Banyak pengetahuan baru yang dipelajari, banyak kawan baru yang dikenali, dan dapat jugak merapatkan hubungan kau dengan lecturer (sebab dalam kelas kau fikir dia ni apa-apa entah tapi sekali masuk site punya selamba badak lecturer ni, memang hairan aku). you know, it just too much of everything that has happened, and i am starting to miss all that.

Tapi bahagian berpanas berhitam tu memang tak boleh lari lah. Bayangkan kalau site kau pun kat tepi pantai, tempat redup mana je kau dapat sorok badan dan muka kau yang terdedah kat matahari tu. 


Syukurlah aku bukan dikalangan orang yang sunburn teruk. Terima kasih sunblock. Memang kau blocking habis-habisan muka aku. Tangan aku je yang legam sikit dari muka. 

Tapi terima kasih banyak-banyak Pantai Klebang. Kau paling banyak sumbang memori terindah kat aku.Masa buat site Strata Survey kat Taman Bukit Senjuang takdelah nak bahagia sangat, sebab mungkin masa tu kau baru kenal dengan teammates kau so kau tak rapat dengan dorang. Rasa macam kambing hitam massuk dalam segerombolan kambing putih, or aku yang jadi kambing putih masuk dalam segerombolan kambing hitam.


Tapi dah dua minggu bersama, susah payah buat site dan siapkan report akhirnya terbuka jugak hati nak bergurau senda baik lelaki baik perempuan. Terima kasih sebab melayan aku yang pelik ni, dan jugak the one factor (or reason) kenapa teruk sangat masa buat presentation (sebab slide presentation aku yang buat, ikut sekati beruk je tak ikut apa yang lecturer nak sangat. Minta mahap minta ampun).

And well, inilah opportunity kau nak belajar lebih dari lecturer (dan mungkin nak pau lecturer, kalau berjaya).


But anyway, it was such a great memories. Like seriously, great. Bayangkan kalau buat praktikal kat dalam Uitm tu kerja aku pegang toughbook je tapi kat site ni lah aku mula nak pegang alat tolong observe tolong levelled. Bukannya aku tak pandai buat kerja tu semua, tapi peluang pulak takda kat Uitm. Sebabnya bila kau dah biasa buat kerja dengan orang-orang yang kau kenal dan tau skill masing-masing kau tend untuk biar diorang buat kerja diorang dan kau buat kerja kau. Macam contoh, observer tu dah confirm Yen ngan Abg Kashah, Mira Diba pulak tukang levelled, aku pulak puteri pegang toughbook, so peluang untuk aku observe sendiri tu takda. Bila masuk survey camp awal-awal memang tak yakin diri sendiri mampu buat tapi syukur alhamdullillah teammates memahami dan tolong ajar akhirnya aku mampu jugak jadi observer dan tukar level alat. But well, mohon mahap lah kalau alat aku tu pendek, dah cuba nak tinggikannya tapi tu jelah yang mampu.


But seriously, terima kasih teammates. Terima kasih jadi tulang belakang untuk insan yang serba kekurangan macam aku. Terima kasih untuk ilmu, kesabaran, pertolongan yang diberikan, terima kasih untuk segalanya. Jujur aku rindu.


Semoga bertemu lagi dua minggu akan datang. Semoga umur panjang dan persahabatan kekal selamanya.

Psst, survey camp 1.0 akan bersambung just you wait.

No comments: