Sunday, August 31, 2014

Strata site visit.

Apa itu hakmilik strata?

Hakmilik strata ialah pelan hakmilik di mana seorang individu atau lebih mengakui sesebuah atau lebih lot bangunan itu adalah kepunyaannya, dimana pelan strata merupakan pelan untuk mana-mana bangunan yang berada dalam satu lot dan mempunyai sekurang-kurangnya dua atau lebih tingkat. Sebagai contoh, bangunan apartment, shopping mall dan sebagainya.
 
There's a lot to learn, and about two weeks ago my friends and I went to Jaya One mall at Petaling Jaya to have a clear view on strata plan, following Encik Nordin (JUPEM's staff), Encik Shamleen (also JUPEM's staff), Encik Kamarol (also JUPEM's staff) and Encik Rahman (Pen LS) to the site. 

Well actually kerja kitorang cuma buat checking, or in JUPEM's term is inspektorat.Kerja inspektorat ni takdelah susah mana cuma makan masa sikit. Sebabnya kitorang sepatutnya kira dan cek ketiggian, saiz dan luas sesebuah lot tersebut. Lepas tu cek jugak whether kedudukan lot tu - petak, aksesori dan harta bersama ngam ke tak.

Ini sebagai contoh, sepatutnya tempat aircond ni dinamakan kotak aksesori sebab letaknya di luar. Tapi memandangkan diantara bilik dalam rumah ni and tempat aircond tu ada pintu yang menghubungkan keduanya maka tempat aircond tu tak disebut sebagai kotak aksesori tapi parcel - well part of sebab kecik je pon.

Kalau nak tengok kotak aksesori yag betul, based on JUPEM staff tu la kata takda pintu yang menghubungkan both kotak parcel dan accessory. Macam kat gambar kat bawah ni.

 Ok bagi penerangan lagi, kalau balkoni pun boleh dijadikan sebagai either kotak parcel atau aksesori. Bergantunglah jugak kat pemaju, i think, dorang nak applyy balkoni tu as apa. Tapi kena ada persetujuaan dari JUPEM jugak kalau tak silap. Yela, macam yang aku kata kat atas tu, kotak aksesori kalau ada pintu tak dikira sebagai aksesori lagi tapi dah boleh diiktiraf sebagai kotak parcel. Ni orang JUPEM tu ceritalahh. Aku tau dengar, ingat, faham. Tapi tak salin, pfff.

 


Lepas tu belajar lah jugak mana satu ruang kosong and ruang udara. Hm, sebenarnya bukan ruang udara sangat kena panggil dalam pelan tapi apa entah aku dah lupa. Tu la kan tak salin nota masa kena briefing kat site tu. Bijak sungguh.

Ha, macam kat sebelah ni lah sebenarnya ruang udara. Damn, bukan ruang udara term yang sepatutnya tapi ikut pemahaman aku jelah benda ni ruang udara - dimana ada ruang kosong kat tengah bangunan yang dikeliling dinding disekitarnya. Alah sebijik macam gambar ni je.

Kalau ruang kosong pulak memang kosong la tak berdinding. Hm, macam tu je lah explanation yang simple sebab malas nak letak gambar. 

Then we got this bumbung rata dan bumbung punya istilah. Alah bumbung sapa tak tau cuma beza bumbung rata dan hanya bumbung jak kan. Bumbung ni macam bumbung rumah kita, atau pun yang gambar sebelah ni. Eventhough ni kaca, tak kena panggil as bumbung kaca tapi tetap bumbung dan bukan bumbung rata. Sebabnya bumbung ni bukanbumbung yang boleh dipijak. Kalau bumbung rata pulak, yang selalu ada kat tepi-tepi balkoni tu. Ok seriously ini takda gambar nak tunjukkan bumbung rata.

Oh banyak gila pulak spam gambar serba education sini. Mari pula spam gambar main.

Did i mention you that we went to the penthouse? And just took some photos at the bathroom. LOL.

 
 

Dan aku tak tau kegilaan apa lagi semua ni sebab semua suka tengok kamera, suka bergambar, dan...

 
 

 SELFIE!

Dan tak payahla layan sangat aku yang pura-pura baca pelan ni. Trip semata, tapi tak semestinya langsung tak tau okay! Dah belajar dah sikit-sikit nak tengok pelan bangunan (PB) dan pelan strata (SP and kasi compare both! Hikk. Didnt went there for nothing.

To be honest, aku ketinggalan buat log book dah seminggu. Even bahagian strata pun tak sentuh lagi. Nak print blog post ni tampal kat log book boleh? Senang keja aku.

2 comments:

Saya Suka GIS said...

pelan strata ni mmg ada standard saiz ke ek? A3? A1?

Khairunnisa Tussin said...

standard kalau PA memang saiz A3, A1 untuk saiz standard sheet :)