Monday, April 14, 2014

Sepagi di Pulau Manukan, Sabah.

Finally, arrived to Pulau Manukan for holidays with mom and dad. Pulau Manukan, letaknya berhampiran dengan Kota Kinablu dan merupakan pulau pelancongan yang terkenal sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Pulau Manukan adalah pulau yang sesuai dikunjungi untuk mereka yang bekeluarga. Pelbbagai aktiviti pun boleh dijalankan kat sini, yang selalu orang buat adalah aktiviti mandi-manda.


Well anyway, tak kisah la pukul berapa pun boleh gerak nak pegi Pulau Manukan. Tapi as for me, its better to get there soon supaya boleh balik awal jugak. Contohnya, aku gerak tadi pagi pun dalam pukul 9 pagi, 8.30 pagi tu dah jalan on the way nak pergi Jesselton Jetty untuk beli tiket apa semua. tiket pun takdelah mahal sangat, ikut dengan agensi bot masing-masing. Tu kena pandai cari la. Macam tadi pun, harga tiket pulang balik RM23 seorang. Tunggu dalam 10 minit macamtu, bot pun panggil untuk bergerak ke Pulau Manukan. Perjalanan pun tak makan masa lama, around 30mins macamtu.


The worst part naik bot, tudung hancur gila. But overall, it was really fun main angin - or should i say kena tiup angin?


Memang bahagia tengok laut yang kebiru-hijauan sepanjang perjalanan dan apabila sampai kat jeti. It is so beautiful.



"SELAMAT DATANG KE TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN PULAU MANUKAN"


Sampai kat darat, kena bayar bayaran masuk pulau pulak. Tak mahal, RM 3 je seorang. But still bayar. Hoho. Tapi kalau nak buat aktiviti extra lagi macam scuba diving ke banana boat ke ape memang kena deal kat kaunter la. Harga pun dah tertera awal-awal kat papan kenyataan ni.


Tapi kalau datang setakat nak mandi and jalan-jalan tu no hal lah. Bayar entrance fee pun dah cukup. Lepas tu boleh jalan-jalan sambil menghitamkan kulit. Yes, sila sediakan suunblock yang spf tinggi untuk menghalang kulit dari menjadi lebih tan.
 
 

But everything is really beautiful. Though we really dont do much. Setakat jalan-jalan sekitar pantai and jungle trekking kejap lepas tu balik. Yang penting, amik gambar.


 And please do be careful when you're out swimming in the ocean. Stingers attack.


Lebih kurang jam 12 tengahari macam tu, terus naik bot balik ke Kota Kinabalu. Tapi kena ready tunggu bot tu dalam 10 minit awal lah, takut tertinggal bot then kena tunggu jadual masa bot lain pulak datang amik. kalau nak beli tiket baru pun boleh jugak, tapi rugi la kan dah beli tiket pulang balik lepas tu tertinggal bot dan terpaksa beli baru. 


And here i am finally arrived at Jesselton Jetty back again.

No comments: