Monday, February 24, 2014

Tips belajar semester 2 SUG.

Hai!

Akhirnya result exam semester lepas pun dah keluar dan syukur alhamdullillah lulus semua dengan bangganya walaupun masih jauh perjalanan untuk dekan.


Anyway cadang nak buat short blog pasal subjek-subjek semester yang lepas, since tetiba ada junior yang p tanya. Rasanya, senang kalau nak share terus kat sini supaya pelajar baru yang masuk IJAZAH SARJANA MUDA SAINS UKUR DAN GEOMATIK ni adalah sikit info pasal subjek yang dorang akan pelajari. Hikk.

COMPUTING II
Subjek ni takde final, agak senang nak skor kalau orang tu suka ngan coding. Ala, computing ni sebenarnya C++ je pun. Buat program sendiri pasal kira-kira survey, based on lecturer ajar. Kalau projek power, final pun A+ lah jawabnya. Kalau sekadar itu-itu je C mampu la kot. Yang penting, semua lab ade buat dan save, projek programming pun boleh jalan dengan coding sendiri. Maka berjayalah anda seterusnya.

PHOTOGRAMMETRY
Bagi pelajar perempuan, adalah penting untuk anda skor subjek ni since di alam pekerjaan nanti, kalau taknak berpanas dan jadi surveyor orang perempuan boleh kerja dibahagian Photogrammetry ni didalam office dengan selesa. Hikk. Jaga kulit okay. Anyway, subjek ni simple je since baru introduction dengan apa itu Photogrammetry and basic principlenya. Skor well masa test and quiz and kerja dalam lab, dan fahami konsep. Subjek yang agak banyak membaca.

GEODESY
Continuation daripada Astronomy masa semester 1. Meloponglah belajar benda ni dalam kelas, tapi dengan latihan daripada soalan past year insyallah mampu buat. Lagipun soalan dia banyak derivation je pun, dan fakta. Lepas tu melukis sikit untuk satu soalan pasal tiga jenis Latitude. 

ENGINEERING SURVEYING I
Subjek yang banyak fakta! Dan jangan keliru dengan Cadastral Survey.

CADASTRAL SURVEYING II
Sangat banyak belajar pasal peraturan Tanah dan JUPEM itu ini dan sekali lagi buat solar observation bagai. Belajar banyak fakta, dan sila betulkan cara booking survey anda di dalam subjek ini. Masa lab nanti, kena buat survey kat tepi jalan mana-mana sekitar Uitm. HAHA.


Done with semester 2 tips. Tunggu tips dari semester hadapan pulak. Diharap semuanya berpuas hati dan mulalah bercinta dengan kos Sains Ukur Dan Geomatik ni. Tak kisahlah kalau tak dapat jadi juruukur tanah pun, masih banyak kerja lain yang masih berkaitan dapat dicari - contoh macam pengimejan data/gambar dari udara (Photogrammetry), Geographical Information System (GIS) or Remote Sensing in which tiga subjek ni bekerja didalam office, tu pun yang  aku tau yang lecturer cerita lah. Kalau tak pun, boleh tolong jadi pelukis AutoCAD, pun ada job. Insyaallah selagi ada rezeki.

K, selamat menjadi pelajar SUG! Kbai.