Friday, February 1, 2013

FSG ke FSPU?

Ya Allah. sukarnya buat keputusan. Sejak dari semalam lepas cek ja keputusan penerapan aku masih lagi blurr nak terima ka tak. Macam seriously aku masih tak dapat terima hakikat yang once aku terima tawaran ni,aku akan tinggalkan family aku yang aku sayang selama aku Diploma - FAKULTI SAINS GUNAAN.

Memang, lepas cek result semua rasa gugur jantung aku.
 


Memang syukur alhamdullilah sebab aku berjaya masuk. Tapi hati aku tak happy, aku masih frust.Selama ni aku yakin aku dapat masuk degree dengan kos yang aku memang harap aku dapat - INDUSTRIAL PHYSICS. Sedih tau, situasi nya sama macam aku langsung tak dapat tawaran degree. Mostly pun  kawan aku memang masih stay under FSG.Untunglah, aku jealous. Sumpah sebelum ni aku harap aku dapat Industrial Physics dapatlah lagi pakai jaket fakulti yang aku rindu tu tau.



Tapi rasanya, kalau aku tak tau malu memang aku masih nak pakai jaket SFROST even kat FSPU. Sebab aku masih lagi sayang dengan FSG. Dah 3 tahun bertapak dalam keluarga FSG kan. Takpelah aku redha. Dunia baru, pengalaman baru. Tak salah kan?

Cumanya aku masih dua hati. Kalau ditakdirkan dapat tukar kos, memang aku nak ka tukar? Aku serba salah,aku sayangkan FSG, tapi aku taknak belajar benda wide.Tapi aku pun suka dengan certain subject dalam pure physics - ada astrofizik, biofizik, electronic, etc. Cuma ni silibus lama 2010 yang aku google lah, belum tentu masih wujud. Tapi kalau masih ada, aku memang nak ka tukar?

Jujur,aku memang suka architecture. Tapi bukan rezeki untuk dapat architecture kan, aku dapat geomatik - land surveyor, sea surveyor, space surveyor, you name it. Aku yakin semua tu memang aku belajar, mana lagi dengan mapping dan geography information system. Easy to say, list kat bawah ni is some of the subject yang aku akan belajar nanti :

Cadastral Surveying - Ukur Kadaster
Engineering Surveying - Ukur Kejuruteraan
Geodecy - Mengenai angkasa lepas
Hydrographic Surveying - Ukur Lautan
Remote Sensing - Mengukur imej permukaan bumi yang diambil dari satelit
Geographic Information System (GIS) - Sistem Maklumat Geografi
Global Positioning System (GPS) - Mengukur kedudukan koordinat titik muka bumi
 Aerial Photogrammetry - Pengukuran dari udara

Jujur aku tak tau apa bendalah ni semua. Tapi aku sangat teringin nak cuba benda baru, kan aku ni adventurous jugak, hehe. Tapi tulah, kena buat pilihan yang bijak. Bukan senang okayy. Bidang ni lagi yang selalu banyak kerja luar. Alahai gelaplah aku tak lama kan.

Tapi even if aku tukar, masa penerapan aku memang tak isi physic sebab aku tak nak belajar benda wide. So, rasanya aku tak perlu tukar ka aa? Dan aku haraplah if aku terima pun geomatik, orang-orang FSPU baik-baik ka semuanya since aku kan sebelum ni budak FSG dan boleh terima ka orang baru macam aku ni? Hish, susahnya buat pilihan tau. Baik kawen je kan?

And speaking of that, tempoh belajar geomatik ni 7 semester. Andartu jugak aku ni nanti nak kawen kan? *sobsobsob

Sangat-sangat memerlukan support FSG & FSPU untuk buat pilihan! K bai.

No comments: